Jumaat, 25 Jun 2010

kesan-kesan komputer terhadap alam sekitar



kesan-kesan komputer terhadap alam sekitar ini dipetik dari BULETIN PENGGUNA JULAI 2010

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

PENGENALAN

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999. Tribunal beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan. Objektif utama penubuhan Tribunal adalah untuk menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan gantirugi secara mudah, murah dan cepat.



Siapakah Pengguna?







Secara umumnya pengguna bermaksud seseorang individu yang membeli barang dan perkhidmatan untuk kegunaan atau penggunaan diri, rumahtangga atau isi rumah.


Secara perundangan, istilah 'pengguna' bermaksud seorang yang :-
a) memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada
lazimnya diperoleh bagi maksud, kegunaan atau penggunaan diri, rumah tangga atau isi
rumah; dan

b) tidak memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan itu, terutamanya bagi
maksud –






i. membekalkannya semula secara perdagangan;


ii. menggunakannya dalam perjalanan suatu proses pengilangan;atau


iii. dalam hal barang, membaiki atau mengolah, secara perdagangan, barang lain atau
     lekapan pada tanah.


Objektif Penubuhan

1.Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna, 1999 tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut.



2.Sebelum penubuhan Tribunal, segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah kecil, walaupun pada masa ini sudah adanya Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM5,000.00.


3.Memahami hakikat ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.


Keanggotaan Tribunal



Seksyen 86 Akta memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah dianggotai oleh seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi (terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan) dan tidak kurang daripada 5 orang anggota Tribunal yang lain dilantik oleh Menteri.


Bidang Kuasa



•Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :-


a) apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta;


b) di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00;


c) apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.


•Bidang kuasa Tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.


Batasan Bidang Kuasa


•Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan :-


a) yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;


b) bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;


c) yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah, atau apa-apa francais; dan

d) yang mengandungi pertikaian mengenai -

i. hak di bawah satu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tak berwasiat;
ii. nama baik (good will)
iii. apa-apa hak dalam tindakan;
iv. rahsia perdagangan atau harta intelek lain.



e) apabila mana-mana Tribunal telah ditubuhkan melalui mana-mana undang- undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.
•Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kuasa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.


 
Jenis-jenis Tuntutan Yang boleh Dikemukakan ke Tribunal


Mana-mana pengguna boleh memfailkan tuntutan di Tribunal menuntut gantirugi bagi kerugian yang ditanggung berhubung apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan beliau sebagai pengguna di bawah akta yang berbangkit daripada :-


a. Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu dan amalan tak saksama, iaitu :-




i. perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses pengilangan, kesesuaian, kualiti dan kuantiti;




ii. gambaran yang mengelirukan mengenai harga;





iii. tawaran pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak mengadakannya;



iv. tuntutan-tuntutan lain yang mengelirukan seperti -




1) selagi stok masih ada;



2) barang-barang adalah terhad; dan sebagainya.



v. menerima bayaran tanpa niat untuk membekalkan barang atau perkhidmatan;



vi. kontrak perkhidmatan hadapan bagi perkhidmatan yang akan diadakan atas dasar berterusan.

--------------------------------------------------------------------------------


b. Keselamatan barang dan perkhidmatan :–


i. standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa barang atau kelas barang;






ii. standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan atau kelas perkhidmatan.






--------------------------------------------------------------------------------





c. Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang :-






i. mengenai hakmilik;






ii. mengenai kualiti boleh terima;






iii. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;






iv. bahawa barang mematuhi perihal;






v. bahawa barang mematuhi sampel;






vi. mengenai harga munasabah;






vii. mengenai pembaikan dan barang ganti.


--------------------------------------------------------------------------------


d. Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekal perkhidmatan :-






i. mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah;






ii. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;






iii. mengenai masa siap munasabah;






iv. mengenai harga munasabah.


--------------------------------------------------------------------------------






e. Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang :-






i. mengenai kualiti prestasi atau ciri-ciri barang;






ii. mengenai pemberian perkhidmatan yang diperlukan:






iii. mengenai kebolehdapatan barang yang serupa pada masa hadapan;






iv. mengenai pemulangan wang atau balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa akujanji oleh penggerenti.


--------------------------------------------------------------------------------






f. Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang :-






i. mengenai kualiti yang boleh diterima;






ii. bahawa barang mematuhi;






iii. mengenai pembaikan dan barang ganti.


--------------------------------------------------------------------------------






Pengertian Barang














Untuk tujuan perenggan-perenggan di atas, perkataan 'barang' ertinya barang yang terutamanya dibeli atau digunakan bagi maksud diri, rumah tangga atau isi rumah, dan termasuklah :-






a. barang yang dipasang pada, atau digabungkan dalam, apa-apa harta tak alih atau harta alih;






b. haiwan, termasuk ikan;






c. vesel atau kenderaan;






d. kemudahan; dan






e. pokok, tumbuh-tumbuhan dan tanaman sama ada atau tidak di atas, di bawah atau terlekat pada tanah, tetapi tidaklah termasuk hak dalam tindakan, termasuk surat cara niaga, syer, debentur dan wang.




Pengertian Pengguna


Perkataan 'pengguna' ertinya seorang yang :-


a) memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud, kegunaan atau penggunaan diri, rumah tangga atau isi rumah; dan

b) tidak memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan itu, terutamanya bagi maksud :-






i. membekalkannya semula secara perdagangan;



ii. menggunakannya dalam perjalanan suatu proses pengilangan;



iii. dalam hal barang, membaiki atau mengolah, secara perdagangan, barang lain atau lekapan pada tanah.


Pengertian Perkhidmatan


Perkataan 'perkhidmatan' termasuklah apa-apa hak, faedah, keistimewaan atau kemudahan yang atau yang akan, diberikan atau dianugerahkan di bawah apa-apa kontrak tetapi tidaklah termasuk :-


a) hak, faedah atau keistimewaan dalam bentuk pembekalan barang atau pelaksanaan kerja di bawah suatu perkhidmatan; atau






b) apa-apa perkhidmatan yang dibekalkan atau akan dibekalkan oleh ahli professional yang dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis (seperti doktor, peguam atau arkitek);atau






c) perkhidmatan jagaan kesihatan yang dibekalkan atau akan dibekalkan oleh professional jagaan kesihatan atau oleh kemudahan jagaan kesihatan (seperti perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, farmasi dan ambulans).





UNTUK MAKLUMAT LANJUT,LAYARI  http://ttpm.kpdnkk.gov.my/

sumber dari Laman web TTPM

Khamis, 24 Jun 2010

RON 95

sumber dari 
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI,KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

PENGENALAN
 
Kerajaan memperkenalkan petrol RON 95 untuk memastikan pengguna mendapat faedah langsung produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi. Petrol RON95 adalah bahan bakar yang mematuhi spesifikasi EURO 2M dimana ianya dapat mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada pengeluaran asap kenderaan.  Selain itu, ianya juga merupakan salah satu usaha Kerajaan dalam mengurus sumber tenaga negara bagi menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang cekap dan mengurangkan tanggungan subsidi Kerajaan ke atas produk petrol.
 
 
1.  APA ITU RON?
 
  •   RON (Research Octane Number atau Nombor Oktana) adalah satu kadar petrol. Ianya menentukan kualiti mengurangkan ketukan enjin (anti-knocking) atau rintangan terhadap pra-nyalaan atau peledakan semasa bahan petrol terbakar di kebuk pembakaran. Ketukan adalah satu aktiviti pembakaran yang luar biasa dan sepatutnya dicegah kerana merosakkan enjin.
 
2. APA ITU RON 95?
  •   RON 95 adalah minyak petrol yang mempunyai nilai RON minima          95.
 
3.APAKAH JENIS-JENIS KENDERAAN YANG BOLEH MENGGUNAKAN RON   95?
  •   Kebanyakan kenderaan boleh menggunakan RON95. Walau bagaimanapun, pengguna dinasihatkan merujuk kepada nasihat Pengilang Kelengkapan Asal (OEM) yang tertera di buku panduan kenderaan atau semak pada belakang penutup tangki gas untuk kadar oktana yang disyorkan.
 
4. SAYA ADALAH PENGGUNA PETROL RON 92/97. ADAKAH PERTUKARAN   KEPADA PETROL RON 95  AKAN MEROSAKKAN ENJIN KENDERAAAN SAYA?
  •   Jika buku panduan kenderaan anda mengsyorkan kenderaan anda sesuai untuk menggunakan RON95, maka pertukaran daripada RON92/97 TIDAK AKAN merosakkan kenderaan anda.
 
5. Adakah saya perlu mengosongkan tangki minyak kereta saya sebelum mengisi Petrol RON 95?
  • TIDAK PERLU.  Minyak RON 95 boleh dicampur dan digunakan dengan minyak RON 92 atau RON 97.
 
6. Apakah kesan jika berlaku percampuran petrol RON 95 dengan Petrol RON 97 atau RON 92 ke atas prestasi enjin kenderaan?
  •   Percampuran petrol RON 95 dengan RON 92/97 TIDAK akan menjejaskan prestasi enjin kenderaan.

7. Perlukah saya sentiasa memilih petrol dengan kadar oktana yang tertinggi untuk kenderaan saya?
 
  •   Menggunakan petrol dangan kadar RON yang lebih tinggi tidak semestinya yang terbaik untuk kenderaan anda. Anda perlu mengenal pasti RON yang sesuai untuk kenderaan dan cara pemanduan anda. Walau bagaimanapun, pengguna perlu merujuk kepada nasihat Pengilang Kelengkapan Asal (OEM) yang tertera di buku panduan kenderaan atau semak pada belakang penutup tangki gas untuk kadar oktana yang disyorkan.
 
8. ADakah penggunaan kadar ron yang lebih tinggi menentukan produk petrol yang lebih mesra terhadap alam sekitar? bagaimana dengan lebih kuasa?
 
  Perbezaaan sebenar gred petrol tertakluk kepada keperluan enjin kereta masing-masing. ini tidak menjamin kelebihan kuasa atau lebih mesra alam sekiranya nombor oktana meningkat. Ini bermaksud kenderaan yang menggunakan produk RON dengan kadar yang lebih tinggi daripada keperluan enjin masing-masing tidak semestinya menikmati prestasi yang lebih baik berbanding dengan menggunakan kadar RON yang disyorkan oleh Pengilang Kelengkapan Asal (OEM)

Kesihatan-Faq Isu Gula & Kesihatan


Cetak
GULA & KESIHATAN
  1. Berapakah keperluan gula yang disarankan untuk diambil oleh individu dalam sehari
  2. Menurut kajian yang dijalankan oleh WHO, setiap individu disarankan untuk mengambil sebanyak 50 gram atau 10 sudu teh gula sehari dan jumlah ini turut dibekalkan kepada individu melalui pengambilan makanan yang mempunyai gula secara semulajadi seperti nasi, mee, buah-buahan dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, pengambilan gula melebihi keperluan tubuh akan memberi pelbagai kesan buruk kepada individu. Maklumat diperolehi daripada laman web:www.myhealth.gov.my
  3. Berapakah jumlah penggunaan gula harian yang diambil oleh masyarakat Malaysia pada masa kini?
  4. Menurut kajian yang dijalankan oleh CAP pada tahun 1970-an penduduk Malaysia mengambil kira-kira 17 sudu teh gula sehari manakala pada tahun 1980-an angka itu meningkat kepada 21 sudu teh. Menjelang tahun 1990-an, penggunaan gula dikalangan rakyat Malaysia telah meningkat kepada 21 sudu teh dan pada masa kini pula angka itu telah meningkat kepada 26 sudu teh. Maklumat dari kenyataan akhbar oleh CAP pada 24 Julai 2009.
  5. Apakah maksud sumber ’gula yang tersorok’?
  6. Maksud sumber ’gula yang tersorok’ ialah gula yang digunakan sebagai pemanis utama di dalam pembuatan kebanyakan makanan seperti pembasuh mulut, aiskrim, gula-gula, pastri, biskut, minuman ringan, minuman manis (contohnya teh tarik) dan kuih. Gula juga kerap digunakan sebagai pengawet asli, pemekat dan sebagai agen pembantu semasa makanan dibakar. Gula biasanya ditambah kepada makanan semasa pemprosesan dan persediaan atau ditambah semasa makanan di makan. Sumber dari Panduan Diet Malaysia 1999 (Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia)
  7. Apakah kesan-kesan buruk yang akan timbul jika seseorang individu itu mengambil gula secara berlebihan dalam diet harian mereka?
  8. Terdapat 60 jenis penyakit berbahaya yang dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan. Antaranya ialah kanser, diabetis, kegemukan (obesiti), masalah jantung, osteoporosis, masalah buah pinggang, asma, alahan dan penurunan metabolisma dalam badan. Menurut Institut Diabetes Antarabangsa, Malaysia mempunyai jumlah penghidap diabetes yang ke empat tertinggi di Asia. Daripada sejumlah 800,000 pesakit diabetes yang disenaraikan pada tahun 2007, jumlahnya dijangka meningkat kepada 1.3 juta pada tahun 2010. Maklumat dari kenyataan akhbar oleh CAP pada 24 Julai 2009
  9. Bagaimanakah untuk mengurangkan penggunaan gula di dalam kehidupan seharian?
    • Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti minuman berkarbonat, jus yang mempunyai banyak gula, ais krim, kek dan gula-gula.
    • Kurangkan pengambilan makanan yang diproses. Ini adalah kerana makanan yang telah diproses mempunyai kandungan gula yang tinggi.
    • Amalkan memasak makanan sendiri. Anda sukar untuk mengetahui berapa kandungan gula yang diambil jika makan di luar.
    • Kurangkan jumlah gula, susu atau krimer pekat manis yang ditambah di dalam teh dan kopi dan selalu minta untuk mengurangkan manis di dalam minuman apabila minum di luar.
    • Baca jumlah kandungan gula pada label makanan. Ini dapat mengelakkan anda dari mengambil gula secara berlebihan.
    • Amalkan gaya hidup sihat dengan melakukan lebih banyak senaman untuk membakar kalori (gula) di dalam badan anda.
    • Gantikan minuman manis seperti air berkarbonat dengan jus buah-buahan yang tidak mempunyai sebarang gula tambahan.
    • Gantikan makanan ringan seperti biskut dengan memakan buah-buahan yang segar.
    • Gantikan gula di dalam makanan dengan kemanisan dari sumber semula jadi seperti buah-buahan atau madu.
    • Kurangkan makanan dan minuman manis secara perlahan-lahan contohnya jika anda minum minuman manis dua kali sehari, cuba kurangkan kepada satu kali sehari seterusnya kepada seminggu sekali sahaja. Banyakkan meminum air kosong kerana ia bagus untuk kesihatan.
  10. Maklumat dari Buletin Pengguna Ogos 2008
  11. Apakah peranan pengguna dalam menghadapi masalah bekalan gula?
  • Sebagai seorang pengguna, peranan yang boleh diambil dalam menghadapi masalah bekalan gula ialah dengan tidak membeli secara berlebihan dari kuantiti yang diperlukan dan tidak melakukan pembelian secara panik kerana ini akan menimbulkan masalah kekurangan bekalan di pasaran.
  • Pengguna juga boleh mengamalkan panduan mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian kerana seperti hasil kajian yang telah banyak dijalankan, gula merupakan salah satu punca kepada masalah kesihatan rakyat Malaysia.
  • Pengguna juga perlu melaporkan kepada pihak berkuasa jika wujudnya tindakan menaikkan harga atau pun aktiviti penyeludupan serta penyorokan gula di pasaran melalui:
  • Talian aduan pengguna (bebas tol) 1 - 800 - 886 – 800
  • SMS Aduan 32255
  • Layari portal rasmi KPDNKK untuk membuat aduan melalui http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/
Maklumat dari tip pengguna.

Isnin, 21 Jun 2010

PANDUAN KESELAMATAN JALAN RAYA UNTUK PEJALAN KAKI




SUMBER DARI:


JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA



PANDUAN UNTUK PEJALAN KAKI

UMUM

-Gunakan kaki lima yang disediakan

-Jika tiada,berjalan di sebelah kanan jalan raya dan sentiasa memandang kenderaan yang datang dari arah hadapan

-Jangan sesekali berjalan bergandingan.Jika keadaan memerlukan seperti meminpin orang buta,anda bolehlah bergandingan tetapi jangan melebihi dua orang.

-Gunakan kemudahan melintas jalan seperti jejantas,lintasan pejalan kaki,lampu isyarat.



BERJALAN KAKI DI WAKTU MALAM

-Jika berjalan diwaktu malam,anda perlu peka dengan keadaan lalu lintas dan perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan

-Gunakan kaki lima yang disediakan .Anda dinasihatkan mematuhi panduan berikut bagi membolehkan pemandu kenderaan melihat anda:

1.Memakai pakaian berwarna cerah atau putih.

2.Memakai pakaian yang mempunyai pemantul cahaya

3.Membawa surat khabar atau benda-benda berwarna putih

4.Menggunakan lampu picit



BERJALAN KAKI DI WAKTU HUJAN
-Anda dinasihatkan memakai baju hujan jika berjalan di waktu hujan

-Jika perlu menggunakan paying,pegang dengan cara yang betul agar tidakmenghalang pandangan anda dan gunakan paying berwarna cerah.



-Jangan berlari semasa memegang paying terutamanya semasa melintas jalan.

-Berjalan dengan cermat kerana jalan yang licin mudah tergelincir .

-Jangan menundukkan kepala semasa berjalan kerana anda mungkin tidak nampak kenderaan yang datang dari arah hadapan.



CARA MELINTAS JALAN

LINTASAN PEJALAN KAKI

-Berilah kesempatan untuk pemandu melihat anda dan memberhentikankenderaannya sebelum anda melintas

-Pastikan semua kenderaan berhenti dan berjalanlah dengan cermat bila melintas

-Anda hendaklah berhati-hati kerana ada kemungkinan kenderaan dibelakang akan mermotong kenderaan yang berhenti.



JALAN BIASA

-Berdiri diatas kaki lima atau pinggir jalan.

-perhatikan dan dengar lalulintas sekeliling.Jika ada lalulintas yang datang biarkan ia berlalu.

-Pandang kanan,kiri dan kanan sekali lagi.sekiranya tiada kenderaan,melintaslah dengan selamat.

-Jangan berlari atau bermain-main semasa melintas jalan.

-semasa melintas,pandang kearah kenderaan yang datang



LAMPU ISYARAT

-Melintaslah apabila lampu isyarat untuk pejalan kaki melintas bertukar kepada berwarna hijau

-bila lampu isyarat untuk pejalan kaki berkelip-kelip,ia bererti lampu isyarat akan bertukar kepada warna merah dan anda dinasihatkan berhenti daripada melintas.Jika anda sedang melintas,percepatkan langkah anda








PEMANASAN GLOBAL SEJAUH MANA KEPEKAAN KITA


DIPETIK DARI
SINAR MENTARI EDISI MAC 2010
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA



Kewujudan alam dan manusia boleh diibaratkan seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.Dalam erti kata lain,kedua-duanya saling  memerlukan dalam menjamin keseimbangan ekosistem alam sekali gus memastikan kesejahteraan dan keseimbangan bumi untuk manfaat generasi masa depan.
Menyedari sedang berlakunya ketidakseimbangan ekosistem alam yang menjurus kepada pelbagai bencana alam seperti tsunami,gempa bumi,tanah runtuh dan sebagainya,masyarakat sedunia kini peka dan mengambil pelbagai inisiatif berhubung isu berkenaan.Satu persidangan yang berlangsung pada 7 hingga 18 disember 2009 dan disertai oleh 192 buah negara di Copenhagen,Denmark mencerminkan keprihatina negara antarabangsa dalam membincangkan secara serius usaha-usaha menangani perubahan iklim dunia.Persidangan  ini turut secara holistik membincangkan perincian Protokol Kyoto yang bakal tamat pada 2012.
Menurut laporan BERNAMA,sekalipun Malaysia tidak ketara menerima ancaman tenggelam ekoran pemanasan global berbanding negara-negara kepulauan kecil seperti Maldives,namun negara ini turut menerima kesan rumah hijau ,iaitu satu fenomena semula jadi yang membentuk lapisan haba di atmosfera yang memanaskan permukaan bumi.Selain itu,fenomena rumah hijau juga merupakan proses kompleks yang melibatkan matahari,bumi dan gas yang wujud di atmosfera bumi.Gas rumah hijau terdiri daripada karbon dioksida,nitrogen oksida,metana,wap air dan ozon.Zarah pula terdiri daripada titisan awan,debu dan zarah terampai.
PENINGKATAN GAS RUMAH HIJAU
Sejak awal 1800,jumlah karbon dioksida dalam atmosfera bumi meningkat sebanyak 25 peratus dan kepekaan metana meningkat sehingga 150 peratus.Peningkatan ini terjadi disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api(arang,batu,minyak dan gas asli)dan pembersihan tanah yang menghasilkan karbon dioksida.Pokok  dan tumbuhan yang bertindak menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis .Apabila hutan ditebang dan kawasan tanh diteroka,tumbuhan akan mati dan menyebabkan karbon dioksida yang sepatutnya diserap oleh tumbuhan terbebas ke dalam atmosfera . Aktiviti pertanian pula meningkatkan gas metana dan nitrogen oksida.




PEMANASAN GLOBAL
Peningkatan kepekatan gas rumah hijau bermakna lebih  banyak sinaran inframerah diserap sekali gus meningkatkan suhu bumi.sejak 1800,suhu purata permukaan bumi  meningkat antara 0.5’ celcius hingga 0.9’ celcius.Saintis meramalkan ,jika ianya berlarutan ,suhu purata permukaan bumi  bakal mencecah  sehingga 4.0’ c elcius menjelang 2100.Walaupun peningkatan nya adalah sedikit tetapi ia mambawa  kesan terhadap perubahan iklim seperti liputan awan dan pola pergerakan angin.
KESAN PEMANASAN GLOBAL
Pemanasan global menyebabkan berlakunya perubahan iklim yang luar biasa .Peningkatan suhu menjadikan perubahan secara langsung pergerakan angin dan awan.Akibatnya  kejadian ribut dan taufan serta banjir berikutan hujan lebat berlaku tanpa diramal.Perkara ini akan memberi kesan kepada tahap pernafasan,penyakit bawaan air seperti masalah pernafasan,penyakit  bawaan air seperti taun,denggi dan sebagainya.
Justeru,selain usaha yang dijalankan kerajaan-kerajaan dunia ,adalah penting kepada kita sebagai `anak dunia’ mempunyai kefahaman yang jelas dan mengambil serius berhubung isu pemanasan global ini.Usaha dan keprihatinan  kita memahami isu ini sebaliknya dan tampil dengan langkah menanganinya walau secara kecil-kecilan pasti mampu memberi  impak positif yang besar jika ianya disambut baik segenap lapisan masyarakat.

INFO  PROTOKOL KYOTO
-Merupakan protokol Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) pada Disember 1997 yang ditubuhkan semasa Sidang Kemuncak Bumi di rio de Janeiro pada 1992.
-Protokol Kyoto merupakan persetujuan sah oleh hampir kesemua negara perindustrian untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau secara kolektif sehingga 5.2 peratus.
-Kejayaan perlaksanan Protokol Kyoto akan mengurangkan kenaikan suhu global antara 0.02’celcius hingga 0.28’ Celcius setahun sehingga 2050
-Protokol Kyoto menurut negara maju mengelakkan pergantungan pada bahan api karbon seperti petroleum,arang batu dan gas asli sebaliknya mencari sumber tenaga baharu yang boleh diperbaharui seperti  tenaga solar,hidro,angin,biojisim,biomas dan sebagainya.

Jumaat, 18 Jun 2010

TIP MENGENDALIKAN JURUJUAL DI RUMAH


1.Pastikan jurujual membawa kad pengenalan dan kad kebenaran/keahlian dari syarikat terbabit.




2.Waktu bertandang hanya dari 9 pagi hingga 7 malam pada hari bekerja.




3.Jangan terburu-buru membuat keputusan untuk membeli barangan ditawarkan.




4.Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata jurujual yang memikat.






5.Belajar berkata "TIDAK" jika tidak berhasrat untuk membeli.






6.Terma-terma pesanan hendaklah dibaca dengan teliti.






7.Hanya menandatangani perjanjian jika anda berasa benar-benar yakin.






8.Dapatkan salinan borang pesanan.










9.Penghantaran mestilah sama dengan perjanjian, jika tidak laporkan segera pada syarikat berkenaan atau pihak berkuasa.

Tip Mengelakkan Kemalangan

Kemalangan jalan raya telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada negara. Ia melibatkan kecederaan, penderitaan dan kematian yang paling tinggi di negara ini.



Berikut adalah beberapa tip yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan:



1.Pastikan segala lat pada kenderaan berfungsi dengan baik sebelum memulakan perjalanan. Dapatkan nasihat daripada mekanik kereta yang berpengalaman mengenai keadaan kereta anda. jika ada alat-alat yang tidak berfungsi dengan baik, gantikan dengan yang baru.


2.Pastikan brek, minyak brek dan lampu brek berada dalam keadaan baik. Pemeriksaan ke atas sistem brek penting bagi memastikan kenderaan anda dapat berhenti dengan baik ketika berlaku kecemasan.


3.Pastikan semua tayar kereta anda berfungsi dengan baik dan boleh digunakan, termasuklah tayar ganti. Periksa bunga tayar dan tekanan angin dalam tayar anda.


4.Pastikan lampu utama, lampu isyarat dan sistem pendawaian elektrik kereta anda berfungsi dengan baik.


5.Periksa pengelap cermin (wiper) kereta nada. Jika permukaan pengelap berkenaan tidak mampu menyapu air pada kaca cermin, gantikan dengan yang baru.


6.Pastikan minyak klac, air radiator, hon, ekzos, air bateri, tali kipas, tangki air, saluran paip, paras minyak enjin dan tali pinggang keselamatan sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan dan selamat untuk digunakan.


7.Jangan memandu laju dan bersikap suka berlumba-lumba. Sesuaikan kelajuan mengikut keadaan cuaca, lalu lintas, cara pemanduan, penglihatan dan keadaan kereta anda.


8.Sentiasalah mematuhi segala peraturan dan papan-papan tanda keselamatan jalan raya.


9.Elakkan daripada melakukan aktiviti-aktiviti lain semasa memandu seperti menggunakan telefon dan merokok kerana konsentrasi anda boleh terganggu. tumpukan perhatian anda sepenuhnya kepada pemanduan di jalan raya.


10.Jika anda rasa letih dan mengantuk ketika memandu. anda perlulah berhenti untuk berehat. jangan meneruskan perjalanan jika anda berada dalam keadaan sedemikian kerana ia boleh membahayakan perjalanan anda.


11.Jika anda ingin membelok ke kiri dan kanan atau berhenti, tunjukkan niat anda dengan menggunakan tanda isyarat yang betul. Pastikan anda menggunakan lampu isyarat kenderaan anda untuk sebarng tindakan.


12.Berwaspadalah sentiasa di persimpangan jalan.


13.Amalkan sikap bersopan santun dengan pengguna jalan raya yang lain. Jangan mengikut perasaan dan emosi anda.


14.Anda perlulah rancang perjalanan anda lebih awal, rancang laluan dan peruntukan masa perjalanan anda bagi mengelakkan anda tergesa-gesa sewaktu pemanduan.





Info dari: Harian Metro (Khamis, 23 Julai 2009)

HAK-HAK SEBAGAI SEORANG PENGGUNA

HAK-HAK SEBAGAI SEORANG PENGGUNA




Terdapat lapan hak asasi pengguna yang telah diterima secara global dan diambil kira ketika undang-undang yang berkaitan dengan pengguna digubal, dipinda atau dikaji semula. Lapan hak pengguna tersebut ialah:



1. Hak untuk mendapatkan keselamatan

Hak untuk dilindungi daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna.






2. Hak untuk mendapatkan maklumat

Hak untuk dilindungi daripada iklan atu label yang mengelirukan, tidak jujur atau menyeleweng dan hak untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang diperlukan untuk membuat pilihan yang tepat.





3. Hak untuk membuat pilihan

Hak untuk membuat pilihan barangan dan perkhidmatan dengan harga perpatutan dan jaminan kualiti yang memuaskan.




4. Hak untuk bersuara

Pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat secara individu atau berwakil supaya suara mereka didengari dan diambil kira dalam penggubalan dasar kerajaan. Pengguna juga berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati jika mendapat barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.





5. Hak untuk mendapatkan keperluan asas


Hak untuk mendapatkan keperluan dan perkhidmatan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sanitasi.





6. Hak untuk mendapatkan ganti rugi.


Hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi gambaran yang tidak benar, barangan berkualiti rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.





7. Hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan


Hak untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan di dalam hal-hal kepenggunaan supaya menjadi pengguna yang berilmu dan bermaklumat.





8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat


Hak untuk hidup dan bekerja dalam persekitaran yang segar, tidak mengancam ataupun bahaya serta membolehkan hidup penuh dengan keselamatan dan keselesaan.

Kenapa Lapisan Ozon Penting ?

Kenapa Lapisan Ozon Penting ?




Selain mengawal peredaran suhu di dalam atmosfera, lapisan ozon juga sebenarnya mempunyai kepentingan menyerap radiasi sinaran ultra ungu (UV) yang tinggi daripada matahari sebelum sampai ke permukaan bumi.






Ini kerana, pancaran berbentuk UV spektrum ini sebenarnya mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya nyata atau cahaya nampak iaitu di antara 280 hingga 315 nanometer (nm) boleh merosakan hampir semua kehidupan.






Kajian saintis mendapati, ketika ini lapisan ozon semakin mengalami kerosakan dan menipis kesan penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) secara tidak terkawal.






Gas CFC boleh terhasil daripada pelbagai cara seperti penggunaan peti sejuk, bahan peyembur, bahan pelarut, produk berasaskan polisterin dan juga perindustrian perkilangan.






Masalah penipisan lapisan ozon yang semakin meruncing ini telah mendapat perhatian daripada banyak pihak terutamanya persatuan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP)






Selain itu, penduduk dunia juga kini telah mula memandang serius masalah tersebut dan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik dalam usaha memastikan generasi masa depan dapat mewarisi alam sekitar yang selamat.



Sumber maklumat:


Estidotmy, Edisi 95.

Hari Tanpa Beg Plastik

Hari Tanpa Beg Plastik adalah satu kempen yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor bermula awal tahun ini dan perlaksanaannya mula dapat dilihat. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan sebagai tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor.



Kempen ini memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat anak cucu kita. Kalau kita ke Speed Mart 99 atau mana-mana, walaupun hari itu bukan hari Sabtu, satu notis di kaunter pembayaran mengenai kempen ini. Di sini kita boleh lihat betapa kerajaan sedar dan peka terhadap permasalahan ini dan mula mengambil tindakan sewajarnya.


Hari Tanpa Beg Plastik untuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya.


Lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion-billion beg ini akan menjadi sampah.


Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber yang amat berharga - minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.

Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari muka bumi. Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik dan sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.


Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut. Selain itu beg plastik juga menyebabkan, berlaku peresapan air yang menyebabkan banjir, dan merosakkan kesuburan tanah.


Beg plastik tergolong “barang sekali pakai” sehingga memperbanyak sampah. Kalau kita belanja bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kita akan memakai paling tidak 4 beg plastik dalam berbagai ukuran. Jakarta menghasilkan sekitar 6 000 ton sampah setiap hari, yang lebih dari setengahnya adalah sampah non-organik terutama plastik dan kertas.


Dari segi ekonomi, mengitar semula beg plastik tidak mendatangkan untung, kos mengitar semula satu tan beg plastik adalah $4000 dan hasilnya hanya boleh mendapat $32 dalam pasaran komoditi.


Untuk menghasilkan beg plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta barrel minyak ditambah lagi sekarang terjadi krisis minyak yang mengakibatkan melambung nya harga BBM.


Pengurangan beg plastik akan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dari negara asing.


Jika kita menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebaknya 6 beg plastik dapat dijimatkan.


Jika hanya 1 daripada 5 orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, kita dapat mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg sepanjang umur.


Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik. Contohnya negara China telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, negara China akan menjimatkan 37 juta tong minyak.

Sumber Maklumat: Kerajaan Negeri Selangor

TIP PERBANDINGAN ANTARA PEWANGI (PERFUME) TULEN DAN PEWANGI TIRUAN



Ramai di antara pengguna tidak dapat membezakan sama ada pewangi yang dijual itu tulen (original) atau tiruan. Kebanyakan mereka yang menjual pewangi di internet mahupun di luar boleh meletakkan perkataan 'ORIGINAL' dengan sesuka hati. Sebenarnya agak sukar juga untuk membezakannya kerana pengeluar barang-barang tiruan amat bijak serta mempunyai teknik dan peralatan digital moden serba canggih yang boleh menghasilkan cetakan yang baik. Mereka mampu menghasilkan replika yang hampir serupa dengan pewangi berjenama terkenal seluruh dunia dalam pasaran hari ini. Jika dilihat secara kasar, pewangi tiruan mempunyai nama dan bentuk tulisan yang sama dengan pewangi tulen, botol yang hampir sama serta kotak dan bau yang hampir serupa. Ia boleh didapati daripada pengedar dengan harga yang terlalu murah atau lebih teruk, harganya sama dengan yang tulen. Sebagai pengguna anda mungkin tidak pasti atau tidak tahu langsung bahawa pewangi tersebut adalah tiruan. Jadi berhati-hatilah.


Penghasilan dan penjualan barangan tiruan adalah masalah yang dihadapi di seluruh dunia. Berjuta-juta barangan cetak rompak dikeluarkan dan dijual setiap tahun. Dianggarkan lebih 10% pewangi di dalam pasaran adalah tiruan.



Risiko kesihatan



Pewangi tiruan tidak menjalani ujian standard keselamatan yang diwajibkan kepada semua produk kosmetik seluruh dunia. Untuk mendapatkan harga yang murah, sudah tentulah kandungannya juga mengandungi bahan-bahan yang murah dan akan menyebabkan alahan kepada pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif dan mungkin juga boleh meninggalkan kesan kecacatan yang nyata.





Berhati-hati dengan stok lapuk atau sudah rosak






Pewangi juga boleh rosak. Jangka masa untuk ia rosak bergantung kepada suhu, cahaya dan berapa lama ia disimpan. Kadangkala apabila sesuatu kedai yang menjual pewangi ditutup, mereka menjual stok pewangi mereka yang sudah lama. Pewangi yang sudah lapuk ini biasanya dijual di laman lelongan, kedai-kedai diskaun pada harga yang sangat-sangat murah. Jangan tertipu. Sentiasa pastikan yang penjual menjual pewangi yang masih segar(baru), bukan stok lama. Bagaimana anda boleh mengenalpasti bahawa ia adalah pewangi tiruan atau original?



Di sini terdapat beberapa tip mudah bagaimana untuk membezakan antara pewangi tulen dan tiruan:





20 perkara yang harus diambil perhatian:



1.Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.


2.Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasai ketebalan dan kejelasan tulisannya. Pewangi yang tulen tulisan jenama (brand) pewangi itu tidak pudar dan hilang walaupun telah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini tidak boleh dijadikan ukuran, tetapi kebiasaannya pewangi yang tulen mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.


3.Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya. Ini disebabkan pewangi tulen tiada lebihan gam dan pembungkusannya amat teliti.


4.Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.


5.Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya pelekat berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.


6.Semak Nombor Batch.


7.Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.


8.Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan reka bentuk botol. Botol yang tulen adalahd sempurna.


9.Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang tulen adalah tebal.


10.Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.


11.Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.


12.Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.


13.Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.


14.Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.


15.Kod bar. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.


16.Warna pewangi. Semak warna pewangi sama ada ia konsisten atau pun tidak.


17.Minyak berlebihan. Pewangi yang tulen kurang berminyak.


18.Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia.


19.Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya bau wangian tersebut tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.


20.Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.


21.Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai pelekat produk.

SUMBER;SMART CONSUMER



TIP PENGGUNA BIJAK




•Tabiat Pengguna Wanita:



◦Pancaindera dipengaruhi.

◦Gemar kemudahan/keselesaan.

◦Yakin yang mahal bermutu tinggi.

◦Mudah dipedaya dengan muslihat.

◦Suka dibimbing buat keputusan.

◦Suka gaya hidup "mewah".

◦Suka memiliki barang berlainan.

◦Ikuti pembelian atas taraf.

◦Sukar tolak tawaran istimewa.

◦Baik dalam membuat perbandingan.




•Tabiat Pengguna Lelaki:



◦Dipengaruhi rakan / imej.

◦Elak jualan besar/murah/sesak.

◦Cenderung beli di tempat sama.

◦Cepat, tidak suka cerewet.

◦Kurang tawar menawar.

◦Rasa pedaya - tukar kedai.

◦Cepat mengesan muslihat.

◦Tidak suka digesa membeli.





Pengguna Bijak:



•Membeli barangan berkualiti.

•Membuat perbandingan harga.

•Memilih perkhidmatan terbaik.

•Membuat pilihan yang tepat.



Bijak Berbelanja:



•Buat senarai sebelum berbelanja.


•Bandingkan harga barang sebelum membeli.


•Membeli setelah tawar-menawar.


•Beli bahan tidak mudah rosak secara pukal.


•Beli barangan perlu, bukan mengikut nafsu.


•Amalkan sikap berjimat-cermat.



Taktik Perniagaan



•Susun atur barangan:

◦Barangan keperluan rumah, harga mahal diletakkan setentang dengan mata.

◦Meletakkan barangan mudah dicapai di kaunter pembayaran.



•Tarikan harga dan diskaun:

◦Menawarkan harga terbaik untuk barangan yang terhad.

◦Potongan harga diberikan dengan tanggapan harga tawaran terendah dari harga biasa.



•Memandu pergerakan pengguna:

◦Meletakkan barang keperluan jauh ke dalam.

◦Meletakkan tanda arah/ tapak kaki..



Pengaruh muzik dan haruman:

◦Pengguna berasa selesa.

◦Terpengaruh untuk menghabiskan masa di sesebuah kedai.



Tindakan Bijak



•Bijak Pakai:


◦Jangan terlalu terpengaruh dengan fesyen terkini.


◦Jangan hanya membeli pakaian berjenama.


◦Kitar semula pakaian lama.


◦Guna kain lampin dan bukan lampin pakai buang.




•Bijak Makan:


◦Tanam sayur-sayuran dan buah-buahan.


◦Makan buah-buahan tempatan.


◦Makan buah-buahan pada musimnya.


◦Hentikan tabiat merokok.


◦Sediakan bekalan untuk ke sekolah/ pejabat.


◦Jimatkan makanan berlebihan daripada membuangnya.


◦Kurangkan makan di luar, masak sendiri di rumah.



•Bijak Guna Tenaga:


◦Tutup lampu, kipas dan pendingin udara apabila tidak digunakan.


◦Jangan biarkan peti sejuk terlalu dingin.


◦Perbaiki kebocoran paip.


◦Amalkan kitar semula.


◦Kumpul air hujan untuk kegunaan harian.



•Bijak Atur Perjalanan:


◦Selaraskan enjin dengan betul.


◦Pastikan tekanan tayar sesuai.


◦Memandu pada kelajuan konsisten.


◦Berjalan bagi jarak perjalan yang dekat.


◦Gunakan pengangkutan awam.




•Bijak berhibur/ bercuti:


◦Melayan rakan-rakan di rumah.


◦Pilih kaedah pengangkutan paling murah.


◦Bercuti di luar musim puncak.


◦Bercuti di dalam negara.

 
SUMBER;SMART CONSUMER

TIP MEMBUAT ADUAN YANG BERKESAN

1.Simpan semua maklumat pembelian di dalam fail.





2.Dapatkan bukti yang berkaitan.





3.Bertenang dan atur stategi yang berkesan.





4.Gunakan fakta dan statistik untuk membuktikan kesahihan aduan.





5.Tulis surat aduan yang ringkas dan padat.





6.Ikuti dan catat perkembangan aduan yang dilaporkan.





7.Gunakan media massa untuk membuat laporan aduan jika perlu.

Tip Mencegah Kemalangan Di Rumah

1.Jangan biarkan anak kecil tidur atau bermain-main di tingkat atas katil bertingkat.






2.Pastikan penghadang tingkat atas katil tersebut selamat.





3.Jangan merokok di tempat tidur atau tempat lain apabila anda merasa mengantuk.

.

4.Jangan biar anak kecil bermain dengan mancis, pemetik api dan bahan-bahan mudah terbakar.





5.Pastikan setiap palam soket elektrik ditutup dengan alat plastik.





6.Jangan gunakan terlalu banyak plug sambungan pada satu soket.





7.Jauhkan bahan beracun daripada kanak-kanak, simpan di dalam bekas asal dan tandakan dengan jelas bahan-bahan tersebut.





8.Jangan menggunakan ubat-ubatan yang telah lama serta jauhkan daripada kanak-kanak.





9.Jangan buka tin dengan menggunakan jari.





10.Jangan biarkan anak anda bermain dengan plastik kerana ia boleh menyebabkan anak anda lemas.

sumber;smart consumer

TIP MENJIMATKAN PENGGUNAAN SUMBER TENAGA

1.Berjalan, mengayuh basikal, menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta untuk ke destinasi yang ingin dituju.



2.Gunakan peralatan jimat elektrik dan berstatus "Energy Save".



3.Guna alat pendingin hawa pada suhu yang selesa dan sesuai.



4.Tutup suis lampu dan peralatan elektrik lain jika tidak digunakan.


5.Tutup semua suis dan cabut plug bagi barangan elektrik yang tidak digunakan, ini kerana walaupun peralatan tersebut telah ditutup (off), masih terdapat sedikit tenaga elektrik yang masih mengalir atau sedang digunakan.


6.Tanam pokok untuk memberikan teduhan daripada matahari. Ini boleh menjimatkan penggunaan alat hawa dingin atau kipas.


7.Amalkan sikap mengurangkan, menggunakan semula dan kitar semula barangan (Reduce, reuse, recycle).



8.Bergerak ke tempat kerja lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Ini boleh menjimatkan penggunaan petrol.

Tip Mengelakkan Daripada Diragut

sumber:smartconsumer.my


TIP MENGELAKKAN DARIPADA DIRAGUT





Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan untuk mengelakkan daripada diragut:


•Gunakan jalan yang selalu dilalui oleh orang ramai.

•Jika terpaksa keluar di waktu malam, cuba keluar secara berteman atau berkumpulan.

•Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam bakul membeli-belah atau di atas kaunter semasa membuat bayaran.



•Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan lalu lintas.

•Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk genggam beg duit dengan kuat atau sembunyikan beg duit di tempat yang tidak terdedah.



•Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.



•Jangan berasak-asak apabila menaiki atau turun dari bas, kereta api, panggung wayang dan juga di tempat yang sesak. Ini untuk mengelakkan anda daripada diragut.



•Apabila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda kenal. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.



•Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang, bola sepak atau kereta apai. Ini kerana ianya memudahkan untuk diseluk dan diragut.



•Semasa menaiki atau turun kenderaan awam seperti bas, teksi atau kereta api jangan berasak-asak, tunggu hingga orang lain telah menaiki atau turun.



•Jangan biarkan orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu anda terutama sekali semasa naik atau turun kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan.



•Jangan simpan duit (wang) di satu kocek sahaja. Simpanlah di dalam kocek yang berasingan.





Info dari : Berita Harian (28 Ogos 2009)