Rabu, 22 Jun 2011

Laman Web 1Malaysia Pengguna Bijak

Dipetik dari http://www.1pengguna.com/



Mengenai 1MPB

Portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) merupakan portal kepenggunaan yang interaktif dan berinformasi yang memberi manfaat kepada pengguna dalam mendapatkan panduan kepenggunaan. Portal ini merupakan saluran alternatif pengguna untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan melalui ruangan interaktif seperti forum, blog, laman sembang dan soal jawab bersama YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan semasa harga lebih 100 barangan keperluan pengguna di seluruh negara melalui aplikasi Pricewatch. Pricewatch membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga barangan berpatutan.
Portal ini juga menyediakan kemudahan perkhidmatan aplikasi SMS kepada pengguna seperti berikut:
  1. SMS Daftar Ahli Portal 1MPB
  2. SMS Semakan Harga Barangan
  3. SMS Langganan Harga
  4. SMS Aduan
  5. SMS Tuntutan Tribunal
Melalui portal 1MPB ini, pelbagai informasi dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia. Jadilah pengguna bijak!

Soalan-soalan Lazim

1. Apakah fungsi Portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB)?
Memberi saluran alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat-maklumat kepenggunaan.
Menyediakan platform kepada pengguna untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan secara interaktif melalui blog, laman sembang, ruang maklumbalas/komen dsb.
Menyediakan maklumat terkini harga barangan yang meliputi premis hypermarket, pasar raya, pasar basah besar, pasar basah kecil dan kedai serbaneka di seluruh negara.
2. Apakah produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam portal 1MPB?
Perbandingan Harga (Pricewatch)
Blog/forum/laman sembang
Menjadi Ahli Berdaftar / Rakan Pengguna
Aplikasi SMS – Semak Harga, SMS Aduan, SMS Tribunal
Informasi Kepenggunaan/ Tip-Tip Kepenggunaan
3. Bagaimana hendak mendaftar sebagai ahli?
Anda boleh menjadi ahli berdaftar Portal 1MPB melalui portal atau perkhidmatan SMS.
4. Apakah faedah-faedah sekiranya menjadi ahli berdaftar kepada portal ini?
Ahli berdaftar akan menerima beberapa kemudahan yang ditawarkan seperti:
·  Mata ganjaran bagi setiap kali daftar masuk ke portal.
·  Boleh melanggan harga barangan tertentu melalui perkhidmatan SMS.
·  Boleh mencipta dan menyimpan basket sendiri (senarai barangan)
·  Boleh mencipta blog/forum
5. Apakah perkhidmatan SMS yang disediakan dan bagaimana kaedahnya?
·  SMS Semak Harga
·  SMS Aduan
·  SMS Tribunal
·  SMS Langgan Harga Barangan
(Sila rujuk SMS Info untuk maklumat lanjut)
6. Bagaimana membuat perbandingan harga barang melalui portal 1MPB?
Klik aplikasi PRICEWATCH -> Pilih Lokasi -> Pilih Jenis Premis -> Pilih Barangan -> Pilih Premis -> Klik Banding Harga
7. Berapa bilangan barangan yang boleh dibuat perbandingan harga?
Perbandingan harga boleh dibuat ke atas 355 barangan untuk hypermarket, 100 barangan untuk pasar raya, 50 barangan untuk pasar basah dan 100 barangan di kedai serbaneka 24 jam di seluruh negara.