Laporan Aktiviti Mingguan dan Pencapaian


1. Mesyuarat Agung Kelab Pengguna Tahun 2010 i)Melantik Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK Kelab Pengguna Tahun 2010.

ii) Mencadangkan aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan sepanjang tahun 2010

10 Mac 2010 3.00 – 4.00 pm



2. Penerangan Hak-hak Pengguna i) Taklimat mengenai hak-hak pengguna dan Hari Pengguna Malaysia

31 Mac 2010 3.00 – 4.00 pm



3. Ceramah Pengguna i) Mendedahkan pelajar tentang hak sebagai seorang pengguna.

ii) Menerangkan kepentingan pengguna dalam mempertahankan hak sebagai seorang pengguna

14 April 2010 3.00 – 4.00 pm



4. Pembentangan Pendidikan Pengguna i) Mendedahkan pelajar tentang pendidikan kepenggunaan.

ii) Membentuk sikap keberanian dan bekerjasama dalam aktiviti pembentangan secara berkumpulan. (rujuk gambar dalam lampiran)

28 April 2010 2.45 – 4.00 pm



5. Melukis logo Kelab Pengguna SMK Ampang Pecah (BESTARI), K.Kubu Bharu. i) Mencungkil bakat pelajar dalam mencipta logo Kelab Pengguna.

ii) Merangsang daya kreatitiviti pelajar
12 Mei 2010   2.45 – 4.00 pm

6. Tribunal Tuntutan Pengguna
 i) Mendedahkan kepada pelajar mengenai Tribunal Tuntutan Pengguna.

ii) Membina kesedaran mengenai hak pengguna.

iii) Menerangkan fungsi dan peranan TTP kepada pengguna.


23 Jun 2010  2.45 – 4.00 pm


7. Ujikaji Mengenai Bahaya Minuman Berkarbonat Kepada Kesihatan Pengguna i) Membuat ujikaji dengan menggunakan air Coca-Cola dan duit syiling tembaga RM1.

ii) Melihat kesan yang berlaku pada duit syiling akibat tindak balas dengan air berkarbonat.

iii) Menerangkan kesan dan bahaya minuman berkarbonat kepada para pelajar

 7 Julai 2010  2.45- 4.00 pm

8. Demontrasi Membuat Kuih Karipap (Usahasama dengan Persatuan Pendidikan Islam) i) Menerangkan cara-cara untuk menghasilkan kuih karipap.

ii) Membentuk semangat ukhuwah dan perpaduan dengan ahli persatuan Pendidikan Islam.

21 Julai 2010  2.45 – 4.00 pm



9. Pencarian Artikel Isu Kepenggunaan i) Mengemaskinikan papan kenyataan Kelab Pengguna.

ii) Memberikan nilai tambah kepada pengetahuan sedia ada pelajar dalam hal-hal kepenggunaan.


4 Ogos 2010   2.45 – 4.00 pm


Pencapaian Kelab Pengguna SMK Ampang Pecah (BESTARI), Kuala Kubu Bharu Tahun 2010


1. Menghantar 3 orang pelajar menyertai pertandingan Kuiz Pengguna peringkat daerah Hulu Selangor di SMK Bunga Raya, Bukit Sentosa, Selangor. Sijil penyertaan

2. Menyertai pertandingan blog antara Kelab dan Persatuan sempena Bulan Kemerdekaan 2010. Mendapat johan pertandingan blog antara kelab.


Nama pemenang – Mohd Amirul Shafiq b. Ahmad Zuperi (4 Jauhari)