Rabu, 4 April 2012

Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia (AKPR1M)

Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia (AKPR1M)




 PENGENALAN
Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Anugerah Kedai Harga Patut) telah dilaksanakan untuk pertama kalinya pada tahun 2003 susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 November 2002 supaya kedai-kedai yang menjual barangan tarikan pelancong pada harga berpatutan hendaklah mempamerkan logo ‘Kedai Harga Patut’. Langkah ini bertujuan untuk menarik para pelancong bagi mengunjungi kedai-kedai berkenaan.
Bermula pada tahun 2010, Jawatankuasa Anugerah telah membuat beberapa pindaan kepada format pelaksanaan anugerah ini bertujuan untuk memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk membeli belah dengan memilih kedai yang menawarkan harga barangan yang berpatutan dan perkhidmatan yang baik kepada mereka. Kumpulan sasaran juga tidak hanya tertumpu kepada pelancong dari luar negara sahaja tetapi juga pengguna dan pelancong tempatan.

DEFINISI
Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia ialah premis perniagaan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia yang menjual barangan pada harga yang berpatutan dan berdaya saing setanding dengan kualiti barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan.

TUJUAN
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti, menilai dan mengiktiraf premis perniagaan yang menjual barangan pada harga yang berpatutan dan berdaya saing setanding dengan kualiti barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan.

OBJEKTIF
Program ini menggariskan beberapa objektif bagi mencapai impak positif terhadap kestabilan ekonomi negara iaitu:
  1. Menggalakkan wujudnya premis perniagaan yang menjual barangan yang menjadi pilihan pengguna dengan harga yang berpatutan dan kompetitif tanpa mengabaikan kualiti dan perkhidmatan jualan;

     
  2. Mengiktiraf premis perniagaan yang menjual barangan dengan harga berpatutan serta kompetitif dan mempunyai sistem perniagaan runcit yang menjamin kualiti barangan, perkhidmatan jualan dan etika perniagaan;

     
  3. Mempromosi premis perniagaan yang menawarkan barangan dan perkhidmatan jualan yang berkualiti pada harga yang berpatutan dan kompetitif; dan

     
  4. Meningkatkan imej negara sebagai destinasi pelancongan dan pusat membeli-belah yang mesra pelanggan dan berdaya saing.

KATEGORI PENYERTAAN
      
Penyertaan dibuka di seluruh negara kepada premis perniagaan yang menjual barangan mengikut kategori berikut:
BIL.
KATEGORI
JENIS PERNIAGAAN
1.
Barangan Pengguna
Kedai Runcit
Mini Market
Kedai Serbaguna
Kedai Kiosk
Pinggan mangkuk
Perabot
2.
Makanan
Gerai Makan
Restoran
Kopitiam
Rangkaian Francais Makanan
Restoran Hotel
Kedai kek dan bakeri
3.
Keterampilan
Tekstil
Pakaian
Kasut
Beg tangan
Minyak wangi
Jam
Cermin Mata
Produk Kecantikan
Produk Kesihatan
Spa
Barangan Kemas dan Aksesori
4.
Gajet
Komputer dan Aksesori
Kamera dan Aksesori
Telefon dan Aksesori
GPS
Aksesori Kenderaan
Peralatan Elektrik dan Elektronik
Perisian
5.
Informasi
Kedai Buku dan Majalah
Kedai Alat Tulis
Kedai Cakera Optik
Perisian Kandungan (e-Book / e-Tution/ e-Learning).
6.
Pasaraya
Pasaraya
Departmental Store

Pencalonan AKPR1M boleh dibuat mulai 27 Mac 2012 dengan mengisi Borang Pencalonan Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia (AKPR1M) . Alternatif capaian borang ini juga boleh dibuat melalui www.1pengguna.com dan facebook Kementerian
Sebarang pertanyaan mengenai Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia boleh disalurkan kepada :
Urusetia Anugerah Kedai Harga Patut
     Bahagian Pembangunan Perniagaan
     Kementerian Perdagangan Dalam  Negeri,
     Koperasi Dan Kepenggunaan
     Aras 5 (Menara), No.13,
     Persiaran Perdana, Presint 2
     Pusat Pentadbiran Kerajaan  Persekutuan
     62623 PUTRAJAYA
     Tel : 03-8882 6203
     Faks : 03-8882 5826   
Pegawai yang boleh dihubungi : -
En. Asaari bin Zainuddin
Tel : 03-8882 5767
asaari@kpdnkk.gov.my
Puan Noraini binti Mohammed
Tel : 03-8882 6200
norainimohammed@kpdnkk.gov.my
Cik Nur Sabrina binti Akashah
Tel : 03-8882 6201
sabrina@kpdnkk.gov.my
Puan Rozitah binti Haron
Tel : 03-8882 5774
rozitah@kpdnkk.gov.my

Sumber:KPDNKK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan