Isnin, 21 Jun 2010

PEMANASAN GLOBAL SEJAUH MANA KEPEKAAN KITA


DIPETIK DARI
SINAR MENTARI EDISI MAC 2010
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA



Kewujudan alam dan manusia boleh diibaratkan seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.Dalam erti kata lain,kedua-duanya saling  memerlukan dalam menjamin keseimbangan ekosistem alam sekali gus memastikan kesejahteraan dan keseimbangan bumi untuk manfaat generasi masa depan.
Menyedari sedang berlakunya ketidakseimbangan ekosistem alam yang menjurus kepada pelbagai bencana alam seperti tsunami,gempa bumi,tanah runtuh dan sebagainya,masyarakat sedunia kini peka dan mengambil pelbagai inisiatif berhubung isu berkenaan.Satu persidangan yang berlangsung pada 7 hingga 18 disember 2009 dan disertai oleh 192 buah negara di Copenhagen,Denmark mencerminkan keprihatina negara antarabangsa dalam membincangkan secara serius usaha-usaha menangani perubahan iklim dunia.Persidangan  ini turut secara holistik membincangkan perincian Protokol Kyoto yang bakal tamat pada 2012.
Menurut laporan BERNAMA,sekalipun Malaysia tidak ketara menerima ancaman tenggelam ekoran pemanasan global berbanding negara-negara kepulauan kecil seperti Maldives,namun negara ini turut menerima kesan rumah hijau ,iaitu satu fenomena semula jadi yang membentuk lapisan haba di atmosfera yang memanaskan permukaan bumi.Selain itu,fenomena rumah hijau juga merupakan proses kompleks yang melibatkan matahari,bumi dan gas yang wujud di atmosfera bumi.Gas rumah hijau terdiri daripada karbon dioksida,nitrogen oksida,metana,wap air dan ozon.Zarah pula terdiri daripada titisan awan,debu dan zarah terampai.
PENINGKATAN GAS RUMAH HIJAU
Sejak awal 1800,jumlah karbon dioksida dalam atmosfera bumi meningkat sebanyak 25 peratus dan kepekaan metana meningkat sehingga 150 peratus.Peningkatan ini terjadi disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api(arang,batu,minyak dan gas asli)dan pembersihan tanah yang menghasilkan karbon dioksida.Pokok  dan tumbuhan yang bertindak menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis .Apabila hutan ditebang dan kawasan tanh diteroka,tumbuhan akan mati dan menyebabkan karbon dioksida yang sepatutnya diserap oleh tumbuhan terbebas ke dalam atmosfera . Aktiviti pertanian pula meningkatkan gas metana dan nitrogen oksida.




PEMANASAN GLOBAL
Peningkatan kepekatan gas rumah hijau bermakna lebih  banyak sinaran inframerah diserap sekali gus meningkatkan suhu bumi.sejak 1800,suhu purata permukaan bumi  meningkat antara 0.5’ celcius hingga 0.9’ celcius.Saintis meramalkan ,jika ianya berlarutan ,suhu purata permukaan bumi  bakal mencecah  sehingga 4.0’ c elcius menjelang 2100.Walaupun peningkatan nya adalah sedikit tetapi ia mambawa  kesan terhadap perubahan iklim seperti liputan awan dan pola pergerakan angin.
KESAN PEMANASAN GLOBAL
Pemanasan global menyebabkan berlakunya perubahan iklim yang luar biasa .Peningkatan suhu menjadikan perubahan secara langsung pergerakan angin dan awan.Akibatnya  kejadian ribut dan taufan serta banjir berikutan hujan lebat berlaku tanpa diramal.Perkara ini akan memberi kesan kepada tahap pernafasan,penyakit bawaan air seperti masalah pernafasan,penyakit  bawaan air seperti taun,denggi dan sebagainya.
Justeru,selain usaha yang dijalankan kerajaan-kerajaan dunia ,adalah penting kepada kita sebagai `anak dunia’ mempunyai kefahaman yang jelas dan mengambil serius berhubung isu pemanasan global ini.Usaha dan keprihatinan  kita memahami isu ini sebaliknya dan tampil dengan langkah menanganinya walau secara kecil-kecilan pasti mampu memberi  impak positif yang besar jika ianya disambut baik segenap lapisan masyarakat.

INFO  PROTOKOL KYOTO
-Merupakan protokol Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) pada Disember 1997 yang ditubuhkan semasa Sidang Kemuncak Bumi di rio de Janeiro pada 1992.
-Protokol Kyoto merupakan persetujuan sah oleh hampir kesemua negara perindustrian untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau secara kolektif sehingga 5.2 peratus.
-Kejayaan perlaksanan Protokol Kyoto akan mengurangkan kenaikan suhu global antara 0.02’celcius hingga 0.28’ Celcius setahun sehingga 2050
-Protokol Kyoto menurut negara maju mengelakkan pergantungan pada bahan api karbon seperti petroleum,arang batu dan gas asli sebaliknya mencari sumber tenaga baharu yang boleh diperbaharui seperti  tenaga solar,hidro,angin,biojisim,biomas dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan