Jumaat, 18 Jun 2010

Tip Mengelakkan Kemalangan

Kemalangan jalan raya telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada negara. Ia melibatkan kecederaan, penderitaan dan kematian yang paling tinggi di negara ini.



Berikut adalah beberapa tip yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan:



1.Pastikan segala lat pada kenderaan berfungsi dengan baik sebelum memulakan perjalanan. Dapatkan nasihat daripada mekanik kereta yang berpengalaman mengenai keadaan kereta anda. jika ada alat-alat yang tidak berfungsi dengan baik, gantikan dengan yang baru.


2.Pastikan brek, minyak brek dan lampu brek berada dalam keadaan baik. Pemeriksaan ke atas sistem brek penting bagi memastikan kenderaan anda dapat berhenti dengan baik ketika berlaku kecemasan.


3.Pastikan semua tayar kereta anda berfungsi dengan baik dan boleh digunakan, termasuklah tayar ganti. Periksa bunga tayar dan tekanan angin dalam tayar anda.


4.Pastikan lampu utama, lampu isyarat dan sistem pendawaian elektrik kereta anda berfungsi dengan baik.


5.Periksa pengelap cermin (wiper) kereta nada. Jika permukaan pengelap berkenaan tidak mampu menyapu air pada kaca cermin, gantikan dengan yang baru.


6.Pastikan minyak klac, air radiator, hon, ekzos, air bateri, tali kipas, tangki air, saluran paip, paras minyak enjin dan tali pinggang keselamatan sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan dan selamat untuk digunakan.


7.Jangan memandu laju dan bersikap suka berlumba-lumba. Sesuaikan kelajuan mengikut keadaan cuaca, lalu lintas, cara pemanduan, penglihatan dan keadaan kereta anda.


8.Sentiasalah mematuhi segala peraturan dan papan-papan tanda keselamatan jalan raya.


9.Elakkan daripada melakukan aktiviti-aktiviti lain semasa memandu seperti menggunakan telefon dan merokok kerana konsentrasi anda boleh terganggu. tumpukan perhatian anda sepenuhnya kepada pemanduan di jalan raya.


10.Jika anda rasa letih dan mengantuk ketika memandu. anda perlulah berhenti untuk berehat. jangan meneruskan perjalanan jika anda berada dalam keadaan sedemikian kerana ia boleh membahayakan perjalanan anda.


11.Jika anda ingin membelok ke kiri dan kanan atau berhenti, tunjukkan niat anda dengan menggunakan tanda isyarat yang betul. Pastikan anda menggunakan lampu isyarat kenderaan anda untuk sebarng tindakan.


12.Berwaspadalah sentiasa di persimpangan jalan.


13.Amalkan sikap bersopan santun dengan pengguna jalan raya yang lain. Jangan mengikut perasaan dan emosi anda.


14.Anda perlulah rancang perjalanan anda lebih awal, rancang laluan dan peruntukan masa perjalanan anda bagi mengelakkan anda tergesa-gesa sewaktu pemanduan.





Info dari: Harian Metro (Khamis, 23 Julai 2009)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan