Selasa, 9 November 2010

CUBA KELUARKAN UBAT ANTI-KANSER BARU

Makmal Labiofarm di Cuba akan mengeluarkan ubat homeopatik, iaitu sejenis ubat anti-kanser yang diekstrak daripada venom scorpion.

Perubatan homeopatik mengandungi cecair daripada tumbuhan, mineral dan haiwan. Sebatian ubat ini dalam kuantiti yang rendah dan telah dicairkan akan digunakan untuk mengubati penyakit, yang merupakan bahan yang sama dalam kuantiti yang besar dan lebih pekat yang menyebabkan penyakit itu.

Isabel Gonzalec, pengarah pembangunan dan penyelidikan daripada institusi sains menyatakan bahawa ubat baru ini ‘Vidatox’ telah dihasilkan daripada venom scorpion biru. Ia telah diuji kepada lebih 10,000 orang pesakit, yang telah meningkatkan kualiti kehidupan pesakit dan mengehadkan pertumbuhan tumor.

Dalam kenyataan beliau kepada media, beliau mengatakan bahawa sebanyak 1 juta dos produk ini akan dipasarkan untuk pesakit pada akhir tahun ini.

Pembangunan Vidatox, yang dilakukan oleh Biologist Cuba Misael Bordier,  telah menjalankan eksperimen ke atas scorpion biru yang hanya terdapat di kawasan Guantanamo di Cuba.

Bordier telah menjalankan ujian klinikal dengan menggunakan venom scorpion biru sebagai terapi untuk menentang pertumbuhan tumor selama 21 tahun.

Menurut Bordier, 70% daripada 50,000 orang pesakit yang diubati tidak mempunyai kesan pertumbuhan semula tumor dalam tubuh mereka.

Penemuan baru ini akan memberikan manfaat lepada berjuta-juta orang pesakit tumor di dunia ini.


Sam Wong
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan