Selasa, 9 November 2010

PENYERTAAN PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN 2010 TERSENARAI DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS

SUMBER DARI LAMAN WEB PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA


IPOH, 31 JULAI 2010 – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mencatatkan sejarah pada hari ini apabila menerima sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records kerana telah berjaya memperolehi penyertaan terbanyak bagi pertandingan kepenggunaan yang diadakan bagi tahun 2010.

Pertandingan kepenggunaan sempena Bulan Pengguna Kebangsaan 2010 ini telah mendapat penyertaan sebanyak 61,044, iaitu yang tertinggi semenjak pertandingan ini diadakan pada tahun 2002.

Sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records ini telah diterima oleh Datuk Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA daripada Dato’ Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengggunaan. Terdahulu sebelum itu, Dato’ Tan Lian Hoe telah menandatangani sijil pengiktirafan itu yang dibawa oleh wakil rasmi Malaysia Book of Records.

Upacara penerimaan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records telah diadakan semasa Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan 2010 yang diadakan di Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill, Ipoh.

Senarai Pemenang-Pemenang Pertandingan Kepenggunaan Sempena HPM 2010 BOLEH DIDAPATI disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan