Selasa, 9 November 2010

KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK DALAM KENDERAAN DITARIK BALIK DARIPADA PASARAN

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (US CPSC) telah mengeluarkan kenyataan tentang sebanyak 23,000 buah kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan telah ditarik balik dari pasaran oleh syarikat Britax Safety Inc.

Agensi tersebut menyatakan bahawa penarikan balik itu disebabkan oleh klip keselamatan pada kerusi tersebut boleh patah sehingga boleh menyebabkan kecederaan. Bahagian-bahagian kecil yang patah itu boleh menyebabkan risiko tercekik pada kanak-kanak dan bayi sekiranya tertelan dengan tidak sengaja.  Model-model kerusi yang telah ditarik balik seperti berikut:

- E9L95P2, E9L95P3, 
- E9L95P5, (dijual di Kanada) 
- E9L69N9, E9L69P2, E9L69P3, and E9L69P5 (Dijual di Amerika Syarikat) 

Setakat ini, US CPSC telah menerima tiga aduan mengenai kerusi ini yang telah menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak dan seorang bayi telah menelan klip yang patah tersebut.
Pengguna-pengguna di Malaysia dinasihatkan supaya tidak membeli produk tersebut dan sekiranya terjumpa produk ini dijual di pasaran, maka anda dikehendaki untuk membuat laporan di Pusat Khidmat Aduan Pengguna di talian 03-78779000.
MOHANA PRIYA
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

SUMBER DARI KONSUMER KINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan