Selasa, 10 Ogos 2010

skim piramid

skim piramid
  • Promosi semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.
  • Bonus dibayar semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.
  • Kontrak bertulis tidak disediakan.
  • Pembelian wajib dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau permulaan pembayaran bonus.
  • Dikehendaki membeli barang-barang dalam amaun yang tidak munasabah. Tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi didesak membeli pakej untuk mendapat bonus.
  • Dasar bayar balik barang-barang tidak disediakan.
  • Dasar beli balik tidak dibenarkan atau disediakan.
  • Kehendak struktur yang ketat bagi kelayakan untuk dibayar bonus.
  • Pengunduran diri tidak dibenarkan.
  • Dibenarkan atau digalakkan membeli lebih daripada satu kedudukan.
CIRI-CIRI SKIM ATAU PERKIRAAN PIRAMID


Ciri-ciri utama


1. Promosi sesuatu skim atau pampasan ialah semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan peserta atau pengenalan peserta dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid daripada jualan produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta.

2. Pampasan dibayar kepada peserta semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan atau pengenalan orang lain dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding jualan produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta atau orang lain.

Ciri-ciri kecil

1. Suatu kontrak bertulis atau pernyataan yang memperihalkan terma material perjanjian tidak disediakan kepada peserta yang menyertai skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

2. Pembelian produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan secara berwajib dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau kehendak permulaan bagi penyertaan atau pampasan dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

3. Peserta dikehendaki membeli produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan untuk dijual semula atau dibeli dalam suatu tempoh masa yang munasabah. Peserta tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi mereka didesak membeli pakej produk terpilih untuk memenuhi kehendak jualan untuk melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

4. Polisi bayar produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang dibeli oleh peserta atau pengguna tidak disediakan.

5. Polisi beli balik oleh pengendali skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid bagi produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang mendapat pasaran pada masa ini atas permintaan peserta dalam terma atau perjanjian yang munasabah tidak dibenarkan atau disediakan.

6. Kehendak struktur skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid yang ketat atau tidak munasabah bagi kelayakan peserta untuk diberi pampasan.

7. Pengunduran diri oleh peserta daripada skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid tidak dibenarkan.

8. Peserta dibenarkan atau digalakkan untuk membeli lebih daripada satu kedudukan atau hak untuk menyertai skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.


Q &A Skim Piramid

Syarikat jualan langsung MLM yang diakui sah membayar bonus/ganjaran kepada ahli/pengedar berdasarkan kepada nilai jualan atau pengembangan jaringan untuk meningkatkan jualan kumpulan. Sungguhpun begitu, berbagai jenis pelan pemasaran boleh digunakan untuk pengiraan bonus atau ganjaran yang telah dijanjikan.

Manakala syarikat jualan langsung MLM yang melaksanakan sistem piramid, bonus/ganjaran dibayar berdasarkan kepada penajaan atau kemasukkan ahli/pengedar baru ke dalam skim piramid yang digunakan, pelan pemasaran, operasi atau proses berantai dan tidak secara langsung berdasarkan kepada jualan produk, servis atau harta yang “intangible” oleh ahli atau pengedar.



Q: bagaimana untuk mengetahui atau membezakan di antara syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung yang beretika dengan syarikat yang menjalankan perniagaan menjurus kepada skim piramid atau skim cepat kaya ?


Menyatakan bahawa perniagaan mereka adalah secara e-dagang, namun pelan yang ditunjukkan dalam website atau secara presentation, ianya lebih menitikberatkan kepada keuntungan besar dan mencari orang daripada kebaikan dan penjualan produk



Apabila sukar atau tidak dibenarkan menarik diri dalam tempoh tertentu

Boleh membeli kedudukan atau pangkat, sama ada melibatkan pembelian barang atau tidak

Tidak menyediakan polisi beli balik dan kontrak bertulis atau perjanjian

Menyatakan keahlian adalah percuma namun disyaratkan apabila nak jadi ahli dan menginginkan pendapatan bonus, perlu membeli barangan tertentu pada jumlah yang agak tinggi

Perlu membeli dalam jumlah yang agak besar seperti rm 2,000 atau rm20,000 dan kemudiannya mencari orang untuk membuat perkara yang sama

Didatangi orang dan mempromosikan pelan pemasaran yang lebih menceritakan tentang mendapat untung dan mencari orang daripada kebaikan dan penjualan produk

Promosi yang dijalankan sama ada melalui iklan atau flyers lebih menceritakan tentang mendapat untung dan mencari orang daripada penjualan produk

Hanya perlu membuat pelaburan tanpa membeli barang



Di dalam sistem piramid, diantara ciri-ciri asas adalah seperti berikut:-


(i) mereka yang terdahulu sentiasa menikmati kelebihan yang banyak dan yang datang kemudian mendapat sedikit kelebihan atau ke tahap merugikan bila mereka tidak dapat mngembangkan penajaan.
(ii) pada lazimnya, skim piramid yang tulen melibatkan perletakan/susunan ahli secara automatik. Ahli/pengedar tidak dapat menentukan susunan atau hiraki jaringan mereka sendiri.
(iii) mempunyai ciri yang dinamakan “front loading”.

Kaedah ini memaksa ahli/pengedar membeli barangan/servis dengan nilai yang tinggi/mahal dan dalam masa yang sama ahli/pengedar tidak memungkinkan menggunakan atau menjual barangan tersebut di dalam jangkamasa yang terdekat.

Ianya juga melibatkan ciri seperti pembelian pangkat melalui pembelian produk dan memperolehi pulangan yang banyak tanpa menjalankan perniagaan.

(iv) skim piramid juga boleh melibatkan skim pelaburan. Kaedah ini memberikan pulangan yang tinggi terhadap sebarangan pelaburan di mana nilai minimumnya ditetapkan. Pulangan seperti 10% sebulan daripada nilai yang dilaburkan adalah biasa. Skim ini nampaknya sangat menggalakkan diperingkat awal tetapi runtuh apabila tiada lagi pelaburan yang masuk untuk melaksanakan pembayaran yang tinggi.


Ianya juga dikaitkan dengan konsep berikut:

“anda tidak perlu menjual mendapatkan ganjaran/keuntungan”
“letak saja duit untuk buat duit”
“beli atau labur sekarang, ambil barang kemudian”


Kadangkala, perlaksanaan konsep ini bertopeng perniagaan “trading”. Labur dan layak untuk mendapat barangan yang harganya lebih rendah dari nilai wang yang dilabur.

Q: Apakah penalti yang dikenakan terhadap mereka yang mempromosikan atau menjalankan skim piramid ?

Bagi Individu, penalti yang dikenakan adalah didenda tidak kurang RM500 ribu dan tidak lebih RM5 juta dan atau 5 tahun penjara bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan kedua dan selanjutnya, denda tidak kurang RM1 juta dan tidak lebih RM10 juta dan atau 10 tahun penjara.

Bagi pertubuhan perbadanan / syarikat, penalti yang dikenakan adalah didenda tidak kurang RM1 juta dan tidak lebih RM10 juta dan bagi kesalahan pertama serta denda tidak kurang RM10 juta dan tidak lebih RM50 juta dan bagi kesalahan kedua dan selanjutnya.

sumber dari
 KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI,KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan