Rabu, 4 April 2012
Jumaat, 28 Oktober 2011
GUNA KUASA PENGGUNA
SUNGGUH, memang benar berlaku kenaikan harga ayam. Ia terjadi di beberapa negeri ketika ini. Malah bukan daging ayam sahaja. Produk-produk lain turut terpalit sama, antaranya susu pekat manis, Nestle dan Milo. Maka tidak hairanlah setiap waktu rehat tengah hari atau selepas waktu pejabat sekitar pukul 5 petang, Aras G Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Putrajaya yang menempatkan Kedai Rakyat 1Malaysia di situ diserbu orang - sebahagian besarnya penjawat awam.
Yang 'menyerbu'nya bukan semuanya daripada kakitangan sokongan pun (kerani atau budak pejabat) tetapi yang berkereta mewah dari Camry dan Mercedez Benz. Kalau tidak percaya, cuba-cubalah lepak di situ waktu tersebut. Mana tidaknya, produk kicap kipas udang sahaja anda boleh jimat hampir RM2 berbanding membeli di luar. Itu belum lagi barang makanan lain. Permintaan terhadap produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia memang cukup hangat sehinggakan MYDIN yang berperanan sebagai pengedar barangan tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan orang ramai. Bukan setakat itu sahaja, MYDIN juga dikatakan masih berusaha mencari lebih banyak setor untuk menempatkan produk Kedai Rakyat 1Malaysia yang kualitinya sama dan terjamin meskipun tidak berjenama dengan berlogokan 1Malaysia.
Berbalik kepada kenaikan harga ayam yang menjadi sebab Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang, Utusan Malaysia difahamkan ia turut mendapat sokongan daripada kementerian. Meskipun kementerian berkenaan lebih gemar menggunakan istilah 'kuasa pengguna harus ditunjukkan untuk menggalakkan perniagaan beretika' manakala CUEPACS yang kini disokong Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Perkasa terarah kepada tindakan protes dan boikot, nadanya tetap sama - demi kepentingan pengguna. Sebenarnya, kenaikan harga ini dipantau oleh Majlis Harga Barang Negara (MHBN). Data dikumpul setiap minggu.
Seorang jurucakap MHBN memberitahu Utusan Malaysia petang semalam, kenaikan harga ayam tersebut di luar skim kawalan musim perayaan memang berlaku. "Barang-barang kawalan bagaimanapun tidak naik tetapi untuk barangan yang dikawal pada musim perayaan, kenaikan biasanya berlaku selepas ia di luar tempoh skim tersebut. "Untuk isu semasa ini seperti mana dituntut oleh CUEPACS, kita mengesahkan memang ada kenaikan harga ayam. Tetapi kenaikan berbeza-beza mengikut kawasan dan negeri antaranya mencecah RM9.30 sekilogram untuk ayam standard berbanding RM7.30 yang ditetapkan," menurut jurucakap tersebut.
Seorang pegawai KPDNKK pula memberitahu akhbar ini, peniaga atau pihak tertentu tidak boleh sesuka hati menaikkan harga barang setelah kerajaan memberikan subsidi. Harga tidak boleh dinaikkan walaupun harga komoditi barang mentah yang diimport adalah tinggi kerana kadar perbezaannya ditanggung kerajaan. Yang pasti, sesuatu perlu diusahakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membendung kenaikan harga ayam. Di Johor pada Jun lalu, masalah anak ayam berpenyakit dikatakan menjadi antara faktor menyebabkan bekalan daging ayam berkurangan di negeri ini sekali gus mencatatkan peningkatan harga terlalu tinggi sehingga menghampiri RM9 sekilogram. Juga, punca kenaikan harga ayam disebabkan oleh kenaikan tarif elektrik di ladang pembekal serta penternak dan pengurangan subsidi diesel untuk pengangkutan lori membawa ayam. Tetapi lebih ramai yang merasakan ia lebih kepada sikap tamak pembekal yang mahu berbuat demikian menjelang musim cuti sekolah dan Hari Raya Haji (di mana ayam mendapat permintaan tinggi).
Tambah lagi, seperti mana kata CUEPACS, kenaikan harga seperti satu fenomena apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam pada pembentangan bajet tahunan. Ini menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang walaupun kakitangan awam belum menerima imbuhan tersebut. Ketika ini kerajaan sudah membuat apa sahaja untuk membela nasib rakyat yang terus berhadapan dengan kenaikan harga barangan sehingga menjejaskan kualiti kehidupan mereka. Antaranya mengambil langkah proaktif mengawal harga beberapa jenis barangan asas seperti petrol, diesel, gula, tepung gandum, minyak masak, gas petroleum cecair (LPG) dan beras yang memberi kesan langsung terhadap kos barangan akhir yang lain. Kawalan harga ini dibuat melalui pemberian subsidi oleh kerajaan dimana perbezaan di antara harga pasaran dan harga kawalan ditampung oleh pemberian subsidi yang bertambah setiap tahun. Jadi, mengapa harga ayam di sesetengah kawasan di Pulau Pinang sahaja kini sudah mencecah RM12 sekilogram.
Sumber:http://www.mydin.com.my
Kedai Rakyat 1Malaysia
Mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia
'Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah. Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.
Perbezaan Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”. Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.
Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka. Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.
Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah, ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.
Lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia yang pertama ini terletak di stesen LRT Kelana Jaya dan beroperasi bermula dari jam 7pagi sehingga 11malam.
Manakala, MYDIN pula diamanahkan untuk menjalankan operasi kedai tersebut bermula daripada kerja-kerja pengubahsuaian kedai, membekal barangan, susun atur barangan di dalam kedai, melatih serta menyediakan kakitangan dan juga mentadbir urus sistem ‘Point of Sales’ (POS). Kedai Rakyat 1 Malaysia ini berjaya disiapkan dalam tempoh satu bulan termasuk kerja pengubahsuaian kedai serta susun atur dan hiasan dalaman. Ini juga merupakan program tangunggjawab sosial MYDIN untuk masyarakat setempat.
Kami berharap projek usahasama antara Kerajaan dan MYDIN ini dapat membantu serta memberi faedah kepada semua pihak dalam usaha meringankan beban rakyat Malaysia.
Rabu, 22 Jun 2011
Laman Web 1Malaysia Pengguna Bijak
Dipetik dari http://www.1pengguna.com/
Portal ini juga menyediakan kemudahan perkhidmatan aplikasi SMS kepada pengguna seperti berikut:
Mengenai 1MPB
Portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) merupakan portal kepenggunaan yang interaktif dan berinformasi yang memberi manfaat kepada pengguna dalam mendapatkan panduan kepenggunaan. Portal ini merupakan saluran alternatif pengguna untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan melalui ruangan interaktif seperti forum, blog, laman sembang dan soal jawab bersama YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan semasa harga lebih 100 barangan keperluan pengguna di seluruh negara melalui aplikasi Pricewatch. Pricewatch membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga barangan berpatutan.Portal ini juga menyediakan kemudahan perkhidmatan aplikasi SMS kepada pengguna seperti berikut:
- SMS Daftar Ahli Portal 1MPB
- SMS Semakan Harga Barangan
- SMS Langganan Harga
- SMS Aduan
- SMS Tuntutan Tribunal
Soalan-soalan Lazim
1. Apakah fungsi Portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB)?
Memberi saluran alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat-maklumat kepenggunaan.
Menyediakan platform kepada pengguna untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan secara interaktif melalui blog, laman sembang, ruang maklumbalas/komen dsb.
Menyediakan maklumat terkini harga barangan yang meliputi premis hypermarket, pasar raya, pasar basah besar, pasar basah kecil dan kedai serbaneka di seluruh negara.
2. Apakah produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam portal 1MPB?
Perbandingan Harga (Pricewatch)
Blog/forum/laman sembang
Menjadi Ahli Berdaftar / Rakan Pengguna
Aplikasi SMS – Semak Harga, SMS Aduan, SMS Tribunal
Informasi Kepenggunaan/ Tip-Tip Kepenggunaan
3. Bagaimana hendak mendaftar sebagai ahli?
Anda boleh menjadi ahli berdaftar Portal 1MPB melalui portal atau perkhidmatan SMS.
4. Apakah faedah-faedah sekiranya menjadi ahli berdaftar kepada portal ini?
Ahli berdaftar akan menerima beberapa kemudahan yang ditawarkan seperti:
· Mata ganjaran bagi setiap kali daftar masuk ke portal.
· Boleh melanggan harga barangan tertentu melalui perkhidmatan SMS.
· Boleh mencipta dan menyimpan basket sendiri (senarai barangan)
· Boleh mencipta blog/forum
5. Apakah perkhidmatan SMS yang disediakan dan bagaimana kaedahnya?
· SMS Semak Harga
· SMS Aduan
· SMS Tribunal
· SMS Langgan Harga Barangan
(Sila rujuk SMS Info untuk maklumat lanjut)
6. Bagaimana membuat perbandingan harga barang melalui portal 1MPB?
Klik aplikasi PRICEWATCH -> Pilih Lokasi -> Pilih Jenis Premis -> Pilih Barangan -> Pilih Premis -> Klik Banding Harga
7. Berapa bilangan barangan yang boleh dibuat perbandingan harga?
Perbandingan harga boleh dibuat ke atas 355 barangan untuk hypermarket, 100 barangan untuk pasar raya, 50 barangan untuk pasar basah dan 100 barangan di kedai serbaneka 24 jam di seluruh negara.
Selasa, 9 November 2010
CUBA KELUARKAN UBAT ANTI-KANSER BARU
Perubatan homeopatik mengandungi cecair daripada tumbuhan, mineral dan haiwan. Sebatian ubat ini dalam kuantiti yang rendah dan telah dicairkan akan digunakan untuk mengubati penyakit, yang merupakan bahan yang sama dalam kuantiti yang besar dan lebih pekat yang menyebabkan penyakit itu.
Isabel Gonzalec, pengarah pembangunan dan penyelidikan daripada institusi sains menyatakan bahawa ubat baru ini ‘Vidatox’ telah dihasilkan daripada venom scorpion biru. Ia telah diuji kepada lebih 10,000 orang pesakit, yang telah meningkatkan kualiti kehidupan pesakit dan mengehadkan pertumbuhan tumor.
SARAPAN AMAT PENTING UNTUK KESIHATAN
Kepentingan sarapan telah dinafikan semenjak zaman dahulu. Namun kini kepentingannya telah dibuktikan dari segi sains kesihatan. Satu kajian yang dilakukan mendapati bahawa mengelakkan sarapan pada awal pagi ini akan meningkatkan risiko obesiti, mengumpul lemak yang besar di sekitar pinggang, membentuk penyakit diabetis dan tahap kolestrol yang tinggi. Selain itu, ia juga akan meningkatkan risiko penyakit jantung. |
BUAT PERSEDIAAN UNTUK HADAPI KEKURANGAN BEKALAN AIR DUNIA
”Masalah bekalan air adalah lebih membimbangkan jika dibandingkan dengan sektor tenaga. Demikian menurut pakar air dunia, Sandra Postel dalam buku terbaru beliau.
Menurut Postel, air adalah kritikal bagi kehidupan dan tidak ada sumber yang boleh menggantikannya berbanding dengan minyak.
’Ekonomi dunia sedang bertukar daripada penggunaan bahan api fosil kepada tenaga solar, angin dan sumber tenaga lain yang tidak menghasilkan gas karbon dioksida. Tetapi air tidak mempunyai sebarang gantian,” ujar Postel.
Air juga merupakan kesan perubahan iklim yang paling kerap dijumpai dan berlaku. Pada tahun ini musim kemarau yang berlaku telah menyebabkan banyak kerugian, begitu juga dengan kejadian banjir besar di Pakistan, yang menyebabkan seramai 1,600 orang terbunuh, manakala 20 juta orang kehilangan tempat tinggal sejak bulan Julai lalu.
Menurut Postel, air adalah kritikal bagi kehidupan dan tidak ada sumber yang boleh menggantikannya berbanding dengan minyak.
’Ekonomi dunia sedang bertukar daripada penggunaan bahan api fosil kepada tenaga solar, angin dan sumber tenaga lain yang tidak menghasilkan gas karbon dioksida. Tetapi air tidak mempunyai sebarang gantian,” ujar Postel.
Air juga merupakan kesan perubahan iklim yang paling kerap dijumpai dan berlaku. Pada tahun ini musim kemarau yang berlaku telah menyebabkan banyak kerugian, begitu juga dengan kejadian banjir besar di Pakistan, yang menyebabkan seramai 1,600 orang terbunuh, manakala 20 juta orang kehilangan tempat tinggal sejak bulan Julai lalu.
KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK DALAM KENDERAAN DITARIK BALIK DARIPADA PASARAN
Agensi tersebut menyatakan bahawa penarikan balik itu disebabkan oleh klip keselamatan pada kerusi tersebut boleh patah sehingga boleh menyebabkan kecederaan. Bahagian-bahagian kecil yang patah itu boleh menyebabkan risiko tercekik pada kanak-kanak dan bayi sekiranya tertelan dengan tidak sengaja. Model-model kerusi yang telah ditarik balik seperti berikut:
- E9L95P2, E9L95P3,
- E9L95P5, (dijual di Kanada)
- E9L69N9, E9L69P2, E9L69P3, and E9L69P5 (Dijual di Amerika Syarikat)
Setakat ini, US CPSC telah menerima tiga aduan mengenai kerusi ini yang telah menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak dan seorang bayi telah menelan klip yang patah tersebut.
Pengguna-pengguna di Malaysia dinasihatkan supaya tidak membeli produk tersebut dan sekiranya terjumpa produk ini dijual di pasaran, maka anda dikehendaki untuk membuat laporan di Pusat Khidmat Aduan Pengguna di talian 03-78779000.
MOHANA PRIYA
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
SUMBER DARI KONSUMER KINI
Isnin, 16 Ogos 2010
TINGKATKAN KESEDARAN TERHADAP KEBERSIHAN SUNGAI
| TINGKATKAN KESEDARAN TERHADAP KEBERSIHAN SUNGAI |
| SUMBER DARI KONSUMER KINI |
Tiga perempat muka bumi diliputi air, iaitu 97% adalah air masin dan hanya kira-kira 0.3% air yang boleh digunakan (sumber air tawar). Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak menggunakan air di Asia Tenggara dengan purata 205 liter air sehari untuk setiap individu. Dalam banyak hal, air juga menjadi penyumbang besar kepada pembangunan tetapi kesejahteraannya berterusan disanggah dan dianiayai. Salah urus dan sifat haloba manusia mencetuskan padah kekurangan air serta pencemaran. Natijahnya, seluruh dunia kini berdepan dengan krisis air. Sungai adalah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia. Sejak dahulu lagi, manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai kerana sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan dan perhubungan, sumber bekalan air untuk domestik dan pertanian serta sumber protein kepada manusia. Fungsi sungai yang paling utama kepada manusia adalah sebagai sumber bekalan air sama ada untuk kegunaan domestik atau komersil. Hasil kajian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan kira-kira 20 sungai mengalami pencemaran serius seperti Sungai Klang dan Sungai Sepang di Selangor, Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Jimah di Negeri Sembilan dan Sungai Skudai di Johor. Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang kekal sebagai sungai paling tercemar di Malaysia. Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan pembangunan pesat yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Lebih 1,000 sungai di seluruh negara dipantau secara berkala oleh Jabatan Alam Sekitar. Kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati air daripada sungai ini mengandungi logam berat seperti arsenik, raksa, kadmium, kromium, plumbum dan zink yang berbahaya kepada habitat dan manusia. Sebanyak 16 batang sungai terutama di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor dikategorikan sebagai tercemar dan hampir mati yang memerlukan kos antara RM100 juta dan RM400 juta untuk memulihkan setiap sungai. Antara punca berlakunya pencemaran sungai adalah aktiviti pembangunan tanah dan pelepasan sisa daripada kilang serta sisa dan najis daripada ladang ternakan babi, selain sikap pendatang tanpa izin termasuk pekerja asing yang menjadikan kawasan tebing sungai sebagai tempat penempatan. Tahap kesedaran masyarakat perlu ditingkatkan kerana manusia sendiri adalah penyebab utama berlakunya pencemaran sungai. Minda dan sikap pihak berkuasa dan orang ramai yang kurang mempunyai kesedaran untuk memulihara alam sekitar. Selain itu, pengguna juga suka membazir air dengan penggunaan air yang melebihi keperluan. Kesedaran dan sifat tanggungjawab adalah tonggak utama kepada penjagaan sejagat, di samping sikap berani bertindak dan mengambil tindakan menghentikan pencerobohan kawasan tadahan air. Program pendidikan dan penghayatan etika alam sekitar perlu didedahkan kepada generasi muda untuk membentuk kecintaan, sikap dan perilaku bagi memelihara, memulihara dan menghayati kepentingan alam. Masyarakat setempat masih berkesempatan untuk mengubah sikap sambil lewa mereka terhadap penjagaan alam sekitar dan mengambil langkah untuk memastikan sumber bekalan air mentah terus dipelihara dan dijaga. Nurul Aina Ibrahim Istar Forum Air Malaysia |
Ambil tahu kandungan dalam makanan
| Ambil tahu kandungan dalam makanan sumber dari KONSUMER KINI |
| MONDAY, 16 NOVEMBER 2009 17:50 |
SELAMATKAH makanan yang kita ambil setiap hari? Percayakah makanan itu benar-benar selamat meskipun kita sendiri yang menyediakannya? Ada benarnya ungkapan 'kita adalah apa yang kita makan'. Ia menunjukkan betapa sebahagian diri kita banyak terbina daripada makanan yang diambil setiap hari. Apa yang dimakan, itulah kelak yang akan membina kesihatan tubuh, fizikal, mental dan spiritual seseorang. Namun, sejauh mana kita menyedari aspek keselamatan termasuk dari segi perolehan, penyediaan dan hidangannya? Malaysia (Fomca), Piarapakaran Subramaniam, menyifatkan masih ramai masyarakat Malaysia tidak faham dengan tahap keselamatan makanan sama ada bahan mentah atau makanan diproses. "Tanggungjawab meningkat tahap keselamatan dan kualiti makanan terletak pada diri sendiri. Sebagai pengguna, kita perlu faham semua kandungan dalam makanan yang kita ambil dan tidak membuat andaian sendiri. "Mungkin ikan mentah yang dibeli di pasar nampak segar pada luarannya, tapi kandungan plumbum dalam ikan itu boleh diragui. Begitu juga kandungan dalam bahan makanan yang sudah diproses seperti susu dan biskut. "Di sini pentingnya kefahaman kita mengenai kandungan bahan dalam satu-satu makanan itu, apabila saya lihat masyarakat Malaysia belum memahami konsep itu," katanya ketika sesi perbincangan meja bulat Kenali Makanan Anda anjuran Nestle Malaysia Berhad, baru-baru ini. Justeru, Fomca merancang mengadakan program jelajah kempen kesedaran ke seluruh Malaysia untuk memberi pengetahuan tambahan terutama kepada penduduk luar bandar. "Mereka (penduduk luar bandar) selesa dengan kehidupan yang dijalani selama ini. Mungkin pada awalnya program ini tidak berjalan lancar kerana daripada maklum balas yang dijalankan Fomca sebelum ini, mereka tidak kisah dengan apa yang dimakan asalkan daripada sumber yang dianggap bersih. "Apa yang mereka tidak faham, ada sesetengah makanan itu tampak elok, tapi mungkin sudah tercemar dengan pelbagai unsur ketika proses pemindahan, jualan dan penyimpanannya. "Selain itu, Fomca turut merancang mengadakan ceramah bagi mengajar masyarakat Malaysia membaca label sebelum membeli makanan dalam tin. "Pengetahuan dalam kandungan bahan makanan itu penting untuk mengelak salah faham dan timbulnya masalah berkaitan kesihatan seperti alahan. "Tapi, kita juga tidak boleh paksa mereka untuk terima semua maklumat yang ingin disampaikan terutama bagi penduduk luar bandar. Maklumat yang akan diberikan juga tidak terlalu berat kerana ia boleh menakutkan mereka hingga akhirnya enggan mengambil satu-satu produk itu. Menurutnya apa yang penting adalah asas kesedaran kepada makanan yang akan menjadi sasaran utama untuk kempen kesedaran berkenaan. Perbincangan meja bulat itu turut disertai Pengurus Jaminan Kualiti Kumpulan Nestle Malaysia dan Singapura, Jasmine Lee; Timbalan Pengarah Divisyen Kualiti dan Keselamatan Makanan, Kementerian Kesihatan, Shamsinar Abdul Talib; Pengarah Urusan Kumpulan Soon Soon yang mewakili Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia, Datuk Neoh Soon Bin serta beberapa pengarang syarikat akhbar dan televisyen tempatan. Piarapakaran tidak ketinggalan memberi beberapa tip untuk mengelak masalah pengambilan makanan tercemar. "Seeloknya, makan hasil tempatan, sama ada mentah atau yang sudah diproses. Menggunakan bahan mentah yang ditanam sendiri turut digalakkan. "Walaupun tinggal di kediaman bertingkat, masyarakat boleh berkebun dalam pasu. Selain menjimatkan wang, aspek kebersihan dan keselamatan pasti terjaga. "Selain itu, kami juga menggesa kerajaan mewujudkan akta antimonopoli perniagaan perusahaan makanan untuk membolehkan pengguna mempunyai l ebih banyak pilihan," katanya. Oleh Nor Faizah Mohamed - faizah@hmetro.com.my |
Langgan:
Catatan (Atom)





